rasaXparokial itu matang

rasaXparokial itu matang
ermmm kat melaka

sahabatku........

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Wednesday, January 28, 2009

suami tahi hidung masin!!!!!

Macam ni punya suamipun ada ka???
Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik hidung masin, taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara..
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. 'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' Tanya si suami tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu. 'Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. 'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, setahun sekali je bang, tak pernah saya naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. ‘ Jangan nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli. Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu, dalam bank melambak lagi duit dia.
Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali agi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80... Apa lagi sekali lagi kecewalah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. 'Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ.
Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. 'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?' 'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer jawab si suami. Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat' Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer tapi apa syaratnya' 'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik jawab pilot tadi sambil tersenyum. Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu...
Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun. Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. 'Ehh? mana isteri encik? tanya pilot tu terkejut. 'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi Hahh apasal tak cakap 'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak jawab si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...
Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya.

wah tepung bungkus pulak







salam......ermm tadi AKOK skunk tepung bungkus lak....
kuih nie pon sedap la sngat2.....yg pelik nyer sepanjang idup aku kenape aku jumpe kuih nie kat kedah jer.....
YAp(ASHRAF yap)....dialah org yg knalkan aku kat kuih tradisi melayu yg sedap nie...
actually kuih nie nenek die slalu wat utk dier setiap kali die nak blik kolej....so sebab aku ske kuih nie ...nenek dier pon kne lah tambah kan periuk kukus die untuk masak untk aku skali...hahahha

rasa die mcm kuih koci tapi lembut lagi ...

slamat mencuba....sedap giler

weh ape nie......akok???


gambar AKOK yg aku makan.....

masih ku ingat lagi mase first time masuk kolej nie....memandangkan kat sni ramai giler sek2 klate( student2 klantan ) so bnyak gak la benda baru yg dorang knalkan kat aku.....salah satunyer kuih AKOK!!!! ermm ape kebenda nyer tu....aku pon ngan rase merendah diri gie la tanya sek2 klate kt sni,,,,
weh akok tu gapo (ape)'
'rase camne?'
'leh makan x?'
'asal nama pelik?'
'tolong lukis kat aku bentuk dier bleh?
'kanape kat KL x jual?'
dan bnyak agi soklan yg aku tnya...( excited giler aku nie)
....aku siap suruh la minah klantan (classmate) aku buatkan untk aku...tapi malang dier generasi moden so x taw sgt....so berbulan bulan gak aku tunggu janji2 manis yg dorg taburkan untuk bawakkan AKOK gie kolej bg aku rase....
setelah 6 bulan setengah aku tunggu akhirnya malam tadi 27.o1.2009 tepat kul 9.00 mlm ...syafiq kuliah mate aku datang la bawak plastik warna biru....dier trus serang bilik aku dgn nada jerit die kata"bg budak KL rase dulu sian dier dah lame ngidam" aku pon pikir pehal lak mamat nie tibe2 jer.....die pon bukak plastik biru tu dan tunjuk kat aku isi die....
" weh pebenda tu!!!!!" tu la ayat pertama tersembul dari mulut aku
" arghh AKOK " hahahaha zaman ngidam dah habis.tersenyum lebar aku...sejujurnyer la budak2 kuliah aku ckap rupe dier comel tapi indah khabar dari rupe......x comel pon ..hahahaha tapi sedap....biase la bak kate OBAMA "dont judge a book by it's cover"......
saye da try anda BILE LAGI.......
tu la kesah aku ngan sang AKOK...

nak resipi gak ker ....ye la ye la nah amik nie

Bahan-bahan ( 36 biji )


* 5 biji telur
* 200 ml pati santan
* 100 ml air
* 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
* 30 gram tepung gandum
* 3 helai daun pandan- disiat-siat
* 2 cubit garam halus

Cara-cara

1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun
pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya.
Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila
dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday, January 24, 2009

gerhana MataHAri!!!!!!


Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009



Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Friday, January 23, 2009

senyuman HappY yg bertaring



aper citer nie dulu senym bukan main lebar skunk wat senyum vempire plop,,,,,,
so para pengguna happy hang pa suma jgn la terkezut( aku dah nak pengsan da )...
happy dah ader stategi pemasaran yang baru..
from my opinion strategi nie sgt la x same dgn yang dulu...klu dulu aku leh gayut dgn kwan2 aku dalam mse 45min dgn harga 99sen x kesah nom aper dier pakai.....
TAPI skunk dah lain plop yob.....
so check this out http://www.happy.com.my/whyhappy/whyhappy.aspx

tgh geram giler2 nie mne tak nyer aku bru top up happy aku rm 10 tup tup dah abis...haiya tauke oik..oik pon bankrup owh...

Thursday, January 22, 2009

jalan jalan melaka!!!!!!!

salam!!!! mesti sume taw melaka kat ner kan ...
negeri paling la byak sejarah nya ....so Hj.shahaini merangkap our head of family ajak kitorang sume gie melaka atau salah satu nama nye ''mulakahat'' kot igt igt lupe ...dalam bhasa arab yg bermaksud perhimpunan segala dagang......so jom tgok gambar kongsi gumbira .......


mula2 smpai ...nielah juru photo korunk..tgk tu beg cam belakang n sisi



besau giler ...nie lah replika keris zaman dalu kala @ muzium islam melaka alah sebelah jer dgn afamosa pegilah tempat sunyi je jrang org siggah...RM 2 per head

ini lha keris taming sari..hahahaha.... betol name of this tower is KERIS TAMING SARI TOWER..function dier serupe mcm eye on malaysia.....naik nie gerenti leh tgok selat melaka so leh la korunk byangkan mcm al fonso de al-bau kaki serang melaka.....ermmm

maghrib!!!!



ermmm aper la maksub maghrib sebenarnyer ek ???? benda remeh tapi x sume taw kan...ckap jer btol.....
meh dkat skit kite gebang maksud maghrib tu aper...

maghrib tu datang nya dari perkataan arab iaitu gharaba|غَرَبَ yg membawa maksud ''setting of the sun;the sun to be hidden........

pada zaman dahulu malah hingga sekarang pon waktu magrib bleh ditentukan dgn melihat posisi matahari...
waktu mulanya magrib ialah pada tenggelamnya matahari pada horizontal(ufuk) bumi dan berakhir apabila hilang cahaya merah di kaki langit.....tapi x kan la kite nak solat maghrib bile dah nampak bulan kat atas kepala kot.....
b'coz
it is very important to recite the prayer as soon as the time begins....

p/s: maghrib is the fourth daily solat in islam....

ermm dah msuk maghrib pon jom solat...